orang cakap MATI itu adalah sakit. sekali kita merasa saat roh kita disentap, segalanya sudah TERLAMBAT. bagaimana nasib mereka saudara ISLAM lain yang tidak sempat bertaubat tetapi nyawanya sudah disentap. hanya amalan yang ikhlas akan menjawab segalanya. orang cakap baca surah A-Mulk tiap-tiap malam sebelum tidur kalau nak kubur kita cerah bercahaya dan terang. kalu gelap mesti kita takut, dahla sorang-sorang pulak tu. xcampur ng dosa-dosa kita lagi yang datang. pahtu kalu kita banyak baca Quran, faham dan amal, ayat2 tu nanti akan menjelma sebelah kita dan menerangi kubur kita dan teman kita. ermmm seronokkan kalu kubur kita terang. lepas tu kalu kita wat dosa, dengar cerita ular sujaul akrat datang. dengar kata, dalam perjalanan nak datang tu, kita dah boleh rasa takut, gerun dan sebagainya. mana x nya rupanya seakan-akan dosa silam kita yang kita buat sama ada masa kita jahil taentang sesuatu atau kita buat-buat jahil tentang sesuatu. suara nya saja dah macam halilintar campur petir campur kilat campur bunyi jet pejuang dan sebagainya. takutkan... tulah rasa macam semangat pula nak baca Quran dan ikhlas kan hati untuk beribadat dan teruskan kehidupan seharian. tapi bila nak mula jer, ha, ada jer benda yang datang menghalang, mesti ada, confirm la... pahtu macam maner nie? HAI, XKAN XINSAF-INSAF LAGI KOT.
Thursday, 28 July 2011
Wednesday, 20 July 2011
4 Soalan..
4 Soalan..

Seorang lelaki telah bertanya kepada Saidina Ali Bin Abi Thalib R.A: "Aku akan bertanya kepadamu 4 perkara."
Saidina Ali R.A berkata:" Tanyalah walaupun 40 perkara."
Lelaki itu kemudian berkata:
Saidina Ali R.A berkata:" Tanyalah walaupun 40 perkara."
Lelaki itu kemudian berkata:
- Apakah yang wajib dan apakah yang paling wajib?
- Apakah yang dekat dan apakah yang paling dekat?
- Apakah yang ajaib/aneh dan apakah yang paling ajaib dan aneh?
- Apakah yang sukar dan yang paling sukar?
Saidina Ali R.A pun menjawab:
- Perkara yang wajib adalah taat kepada Allah swt dan yang paling wajib adalah meninggalkan dosa.
- Yang dekat adalah Hari Kiamat dan yang paling dekat adalah kematian.
- Perkara yang ajaib/aneh adalah dunia dan yang paling aneh darinya adalah cintakan dunia.
- Yang sukar itu pula adalah kubur dan yang paling sukar adalah pergi kepada kubur tanpa bekalan.
copy paste dari "berdakwahlah dalam erti kata yang luas"... huhu, tolong dakwah kan...
Saturday, 9 July 2011
sahabat
wahai sahabatku yang berada di negeri damsyiq, syria. semoga sahabat belajar di sana dalam keadaan yang tenang dan penuh barakah di bumi andalucia. sungguhpun hablun min kita tidak berapa smooth dalam meniti perjuangan mujahidah yang penuh denagn dugaan dan cabaran terutama yang melanda hati suatu ketika dahulu, di harap perjuangan yang di tempuhi selepas ini lebih mematangkan diri dan tidak lagi terjerumuss dalam kerosakan hati. hati ini mudah di cemari oleh hasutan dunia yang semakin melampau era ini. tabahkan hati dan ikutilah perjuangan yang sebenar. ku harap anta tidak mudah terjerumus dalam arus kebudayaan yang melanda sekarang ini.
Tuesday, 28 June 2011
Jadi, bersabar lah, semoga saat itu kita akan hadapinya dengan memuji Allah
kadang2 apa yang kita inginkan memang xdapat, walaupun kita sangat2 nak benda tu... memang betul, ada kalanya apa yang kita sangka baik memang xbaik sebenarnya untuk kita, sehingga kita tahu kebenarannya suatu hari nanti. bak kata pepatah turunnya hujan kerana selepas itu Allah nk anugerahkan pelangi yang cukup indah buat kita. ada kalanya kita x cukup sabar untuk mengetahui kebenaran di sebalik kita menunggu apa yang terbaik untuk diri kita. Allah cakap hendaklah kita jangan berputus asa dalam mengharapkan yang terbaik untuk diri kita, namun di sebalik itu, sejauh manakah kita dapat bersabar dan menunggu sambil menghitung hari bila kah saat nya hari bahagia akan muncul. dan adakah kita sempat untuk merasai hari bahagia itu. kata orang, mungkin kita patut bersabar dengan ujian yang datang menempuh kita, ya, dengan bersabar, ia sekali gus sedang menguji sejauh mana iman dan kesabaran kita. walaupun pahit untuk kita telan kebenaran yang bakal menjelma, namun segalanya sudah ada ketentuan dari Ilahi... siapalah kita untuk mempersoalkan semua ini. andai kita benar2 ikhlas dalam hidup ini, kita akan di hadiahkan oleh sesuatu yang menarik yang kita xpernah sangka akan mendapatnya... jadi, bersabar lah, semoga saat itu kita akan hadapinya dengan memuji Allah akhirnya, jangan lupa diri pulak yer..., Walaupun rindu bersabar jela, teguhkan iman di hati....
Monday, 20 June 2011
Aksara Cinta Ilahi
- "Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita
- Tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
- Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup
- Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"
Saturday, 18 June 2011
update rohani
akal kita umpama badan kita yang mana kita perlu mengisi ia dengan makanan yang berkhasiat. akal kita serta rohani kita kalau tidak di isi dengan perkara-perkara yang baik dan murni lama-lama akan berkarat dan jauh dari kesucian. oleh itu, sebagai mana kita selalu update facebook kita, updata email kita, update rekod kita, update dokumen kita, kita juga kena update rohani dan pengisian untuk hati kita. memang sifat manusia yang cepat lupa, leka dan mudah untuk mengikut kata hati tanpa berfikir. sebeb itulah Allah beri kita akal untuk guna. tapi sayang kalau bab-bab agama dan segala sudut aspek kehidupan tidak digunakan semuanya melainkan untuk kepentingan peribadai sahaja. seminit sehari sudah cukup untuk kita memikirkan hakikat dunia. memang seminit sahaja, tapi berapa ramai yang mampu untuk bermuhasabah diri walaupun dalam masa hanya seminit sahaja. rasanya xpelah kot, ala nanti2 la pikir benda2 gitu. sering sahaja kita akan pikir ya dunia dahulu. aku pernah baca artikel dan persoanlan yang di lontarkan kepada ustaz. soalannya bertanyakan mengenai solat. tidak mengapakan kalu saya (seorang isteri) tidak solat kerana kesibukan masa menjaga rumah dan menyediakan keperluan makan minum anak dan suami. soalan jenis apakah ini. katanya bolehkah segala pahala yang dia buat untuk suami dan rumah tangganya boleh di ganti dengan pahala solat... apabila saya baca soalan itu saya tersentak!!!
masakan boleh alasan sebegitu di beri alasan
masakan boleh alasan sebegitu di beri alasan
Sunday, 5 June 2011
salam, wahhh dah lama aku x bukak blog ni. ingt xbukak bukak dah. maklum la, masa jg kaunter sirkulasi 2 minggu lepas ad problem ng pc kat bawah tu, sampai blog aku pun tersekat. ni alhamdulillah la dpt bukak balik. okei mula wacara saat ini, sebenarnya xde pa pun nk cerita. cuma nk ckp sikit aku baru bilk dr kg.landak, kg halaman masa kecik2 dlu. aku p sana jumpa ng sepupu kecil ku,,,, haziq n afifah, masing2 berumur 4 tahun n 2 tahun. wahhh rindunya kat abe jiq... yelah walaupun hanya 2 hari je aku kat sana, tp tiap2 hari dok peluk dia, dukung, mkn sekali, bgun je tdo terus dia dakap aku,... sengih2 kat aku, hahaha, seronok main ng abe jiq ni. pahtu tiba2 aku dh kena bilk dah sebb keje palk. huhuhuhu, sedih sgt, sampai je kat rumah ak, aku teringat sangat kat dia.... huhu, sampai aku letak wallpaper hset gmbr abe jiq.
erm ok la, sambung keje, nti marah pulak penyelia ku... salam.....
erm ok la, sambung keje, nti marah pulak penyelia ku... salam.....
Subscribe to:
Posts (Atom)