Wednesday 30 November 2011

ASSALAM, dh lama rasanya saya biarkan blog ini bersarang tanpa perkhabaran berita yang terkini. nak mencatat kena ada idea dan isi kandungan hidup, baru kita leh coretkan itipatinya. setelah sekian lama aku tanam anggur kat belakang rumah tu ha, belum lagi ada tawaran kerja yang menjemputku. tapi dalam masa itu juga aku berjuang dengan amalan rutin ku sendiri. malu untuk di ceritakan disini, aku di rumah tanpa buat ape-ape pun, yelah nama lagi tanam anggur. di sebabkan aku dok di rumah saja2 la aku jadi malas untuk mengamalkan rutin harian ku. yang paling penting aku bersenang lenang tanpa buka internet dan menelaah ilmu yang sepatutnya jadi amalan aku. iaitu membaca alquran dan memahami itipatinya. makin lama aku jadi makin malas. aku sedar saat aku jadi malas dek kerana aku terpesong hati sejenak. aku ralit kesana kesini, bergerak kesana sini. p rumah mak sedara la, p rumah sepupu la, dan macam2 lagi. sampai satu saat aku lupa bahawa aku lama dh xbaca quran. mula2 satu waktu aku xbaca, kemudian 2 waktu, kemudian sehari aku tinggal, lama2 benda ni tanpa sedar, MasyaAllah, hampir 3 hingga 4 hari jugak la aku xbaca quran. terasa waktu yang begitu lama bila kita berjauhan dr pencipta. aku tersedar, tapi aku hanya mampu untuk tersedar sahaja tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya. aku ralit lagi, kerana banyak sangat hal dunia yang aku rasa excited sgt nk kejar nie. then, lepas tu aku tersedar lagi. aku keluar rumah pakai tudung yg menjadi trend zaman skrg nie.. tp memg aku sengaja pakai pun sbb aku drive kete masa tu, kira mcam xkuar dr kete la. aku Istighfar lagi. tapi esoknya, aku x insaf lagi. sampai la suatu saat lepas tu, dh 2 3 kali insaf, mudasabah la diri. semangat datang balik. tapi elok elok jer nk dtg semangat turun balik sebab2 tertentu. tu la org pmpuan ni susah nak istiqamah sikit sbb dia ada masa semangatnya turun dengan mudah. aku xsabar2 nak tunggu hari terakhir. ok, lepas tu aku tingkatkan azam balik dan Alhamdulillah, aku mintak doa mintak hidayah agar aku terus istiqamah dan xlupa untuk muhasabah diri... sebab itulah Allah pesan untuk sentiasa berdoa kepadaNya.

Thursday 15 September 2011

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.

Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.

Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.

Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.

Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi teman hidupnya
edited from facebook kawan...

bacalah...

BESI itu kuat, tapi API mampu meleburnya

Api itu kuat, tapi AIR mampu memadamnya

AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya

AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya

ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangnya

BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya

MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkanya

NAFSU itu kuat, tapi IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA

Tapi bila IMAN kuat, TIADA APA yg mampu mengalahkannya..

Ya Allah..kuatkan la imanku walau dimana pun ku berada... ^_^
Amin...
edited from others...

Wednesday 14 September 2011

jodoh

hati ku tertanya2 bilakah jodoh ku akan sampai... tiap2 hari aku menunggu andai ada lamaran yang datang. hehehe... dengan kerja aku sebagai penganggur terbaru abad ini, tanpa buat ape2 kat rumah, lg la aku dok pikiaq pasal jodoh ni. sahabat2 ramai yang dah kahwin. raya puasa ritu xputus2 kad walimatul urus dr sahabat2 yang sudah menemui jodoh mengundang ke majlis. seronok diorang dah ad teman di sisi... agak2 nya bila la jodoh ku pula....

Friday 29 July 2011

           salam... semalam aku dengar rancangan tv 9 dekat dihati rancangan semanis kurma, bukannya manisnya kurma ini ya, aku jadi sedar ckit oleh ucapan yang di buat oleh dato ustaz zawawi. kita jadi berat bila nk wat ibadat, walaupun kadang-kidang kita nak wat ibadat tu, tapi ntah nape berat sangat, yelah kita buat-buat tapi tahap keikhlasan tu macam xsampai. kadang-kadang kita buat jugak, tapi rasa macam xpuas hati. pahtu ustaz zawawi cakap, kita kena ringan kan hati kita terlebih dahulu... iaitu dengan minta maaf dengan semua orang, baru hati kita jadi ringan, xde dosa dah yang menyelubungi hati kita.  baru kita leh rasa, baru hati kita sampai untuk benar2 ikhlas, benar2 rasa macam nikmat puasa, nikmat berzikir, nikmat selawat, nikmat rindu kat Allah, nikmat lah orang kata. tapi ingt senang ke orang nk maafkan kita walaupun kita maafkan orang lain. n lagi satu ingt senang ke kita nk p mintak maaf kat orang lain. hanya orang yang benar-benar nak cari nikmat iman yang mampu melakukannya. 

         aku, xnak cari ke. eh nak xkan xnak, habis nape xmulakan lagi apa yang patut di mulakan. hihi, malu lah... nape nk malu, malu pasai po plak, hang nak buat bek kan, hang nk mintak maaf ng org kan, xsoh dok malu2 eh, buat jer apa yang patut. erm cakap memang la senang. hang tau dok, kito xtau hati orang mcm ne. aku bukan po, aku xnk bile aku mintak maaf ng seseorang tu, dia still lg macam taruh dendam ko apo ko, xikhlas lagi nk terima aku, aku xnk la macm tu. hang ni, xbek pikiaq lagu tu, hang kena cuba, try n error. hang kalu betul2 nak btaubat hang just pikir nk mintakj maaf je ng orang, lepas tu hang teruskan ibadah hang, hak len xsoh dok pikir. kalu hang dok pikir2 jer, xterbuat ibadah hang ng ikhlas, xbertaubat la hang sampai bilo2. idh xsoh dok ckp lagutu, aku nk ja mintok maaf ng orang. yelah aku tau aku banyak wat orang sekeliling aku terasa, bukan terasa ape, cuma aku ni liat sikit nk tegur sapa ng org sekeliling, berat mulut orag cakap nk bertanya khabar. bukan aper, mulut ni kalu xjaga binasa, tapi kalu x di asah nati wat orng terasa. dok eh, hang xsoh la dok pikir negatif lagutu. hang senyum la selalu... tapi aku raso aku asyik dok senyum kambing jer... malu aku dibuatnya. skrg lagu ni... aku nk nasihat hang, walaupun ni aku sendiri. loni apa yang terbek nyo. hang xsoh pikiaq apo2. hang just concentrate nk ampunkan dosa org lain kay hang, biarpun hang xsemapt nk mintak maaf ng depe2 tu. lepas tu hang berzikiq byk2 n tunggu ramadhan sari dua lagi nie. tu la hang, aku suh bangun tahajud payoh nk bangun... ni la jadi nyer... hehe, aku ikut nasihat hang... aku cuba n cuba n cuba noh. huhu, aku xtau la kalu nie ramadhan terakhir aku...

Thursday 28 July 2011

TAUBAT MENJELMA RAMADHAN

orang cakap MATI itu adalah sakit. sekali kita merasa saat roh kita disentap, segalanya sudah TERLAMBAT. bagaimana nasib mereka saudara ISLAM lain yang tidak sempat bertaubat tetapi nyawanya sudah disentap. hanya amalan yang ikhlas akan menjawab segalanya. orang cakap baca surah A-Mulk  tiap-tiap malam sebelum tidur kalau nak kubur kita cerah bercahaya dan terang. kalu gelap mesti kita takut, dahla sorang-sorang pulak tu. xcampur ng dosa-dosa kita lagi yang datang. pahtu kalu kita banyak baca Quran, faham dan amal, ayat2 tu nanti akan menjelma sebelah kita dan menerangi kubur kita dan teman kita. ermmm seronokkan kalu kubur kita terang. lepas tu kalu kita wat dosa, dengar cerita ular sujaul akrat datang. dengar kata, dalam perjalanan nak datang tu, kita dah boleh rasa takut, gerun dan sebagainya. mana x nya rupanya seakan-akan dosa silam kita yang kita buat sama ada masa kita jahil taentang sesuatu atau kita buat-buat jahil tentang sesuatu. suara nya saja dah macam halilintar campur petir campur kilat campur bunyi jet pejuang dan sebagainya. takutkan... tulah rasa macam semangat pula nak baca Quran dan ikhlas kan hati untuk beribadat dan teruskan kehidupan seharian. tapi bila nak mula jer, ha, ada jer benda yang datang menghalang, mesti ada, confirm la... pahtu macam maner nie? HAI, XKAN XINSAF-INSAF LAGI KOT.

Wednesday 20 July 2011

4 Soalan..

4 Soalan..


Seorang lelaki telah bertanya kepada Saidina Ali Bin Abi Thalib R.A: "Aku akan bertanya kepadamu 4 perkara."

Saidina Ali R.A berkata:" Tanyalah walaupun 40 perkara."

Lelaki itu kemudian berkata:
  1. Apakah yang wajib dan apakah yang paling wajib?
  2. Apakah yang dekat dan apakah yang paling dekat?
  3. Apakah yang ajaib/aneh dan apakah yang paling ajaib dan aneh?
  4. Apakah yang sukar dan yang paling sukar?
Saidina Ali R.A pun menjawab:
  1. Perkara yang wajib adalah taat kepada Allah swt dan yang paling wajib adalah meninggalkan dosa.
  2. Yang dekat adalah Hari Kiamat dan yang paling dekat adalah kematian.
  3. Perkara yang ajaib/aneh adalah dunia dan yang paling aneh darinya adalah cintakan dunia.
  4. Yang sukar itu pula adalah kubur dan yang paling sukar adalah pergi kepada kubur tanpa bekalan.




copy paste dari "berdakwahlah dalam erti kata yang luas"... huhu, tolong dakwah kan...

Saturday 9 July 2011

sahabat

wahai sahabatku yang berada di negeri damsyiq, syria. semoga sahabat belajar di sana dalam keadaan yang tenang dan penuh barakah di bumi andalucia. sungguhpun hablun min kita tidak berapa smooth dalam meniti perjuangan mujahidah yang penuh denagn dugaan dan cabaran  terutama yang melanda hati suatu ketika dahulu, di harap perjuangan yang di tempuhi selepas ini lebih mematangkan diri dan tidak lagi terjerumuss dalam kerosakan hati. hati ini mudah di cemari oleh hasutan dunia yang semakin melampau era ini. tabahkan hati dan ikutilah perjuangan yang sebenar. ku harap anta tidak mudah terjerumus dalam arus kebudayaan yang melanda sekarang ini.

Tuesday 28 June 2011

Jadi, bersabar lah, semoga saat itu kita akan hadapinya dengan memuji Allah

kadang2 apa yang kita inginkan memang xdapat, walaupun kita sangat2 nak benda tu... memang betul, ada kalanya apa yang kita sangka baik memang xbaik sebenarnya untuk kita, sehingga kita tahu kebenarannya suatu hari nanti. bak kata pepatah turunnya hujan kerana selepas itu Allah nk anugerahkan pelangi yang cukup indah  buat kita. ada kalanya kita x cukup sabar untuk mengetahui kebenaran di sebalik kita menunggu apa yang terbaik untuk diri kita. Allah cakap hendaklah kita jangan berputus asa dalam mengharapkan yang terbaik untuk diri kita, namun di sebalik itu, sejauh manakah kita dapat bersabar dan menunggu sambil menghitung hari bila kah saat nya hari bahagia akan muncul. dan adakah kita sempat untuk merasai hari bahagia itu. kata orang, mungkin kita patut bersabar dengan ujian yang datang menempuh kita, ya, dengan bersabar, ia sekali gus sedang menguji sejauh mana iman dan kesabaran kita. walaupun pahit untuk kita telan kebenaran yang bakal menjelma, namun segalanya sudah ada ketentuan dari Ilahi... siapalah kita untuk mempersoalkan semua ini. andai kita benar2 ikhlas dalam hidup ini, kita akan di hadiahkan oleh sesuatu yang menarik yang kita xpernah sangka akan mendapatnya... jadi, bersabar lah, semoga saat itu kita akan hadapinya dengan memuji Allah akhirnya, jangan lupa diri pulak yer..., Walaupun rindu bersabar jela, teguhkan iman di hati....

Monday 20 June 2011

Aksara Cinta Ilahi

  • "Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita
  • Tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup
  • Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"

Saturday 18 June 2011

update rohani

akal kita umpama badan kita yang mana kita perlu mengisi ia dengan makanan yang berkhasiat. akal kita serta rohani kita kalau tidak di isi dengan perkara-perkara yang baik dan murni lama-lama akan berkarat dan jauh dari  kesucian. oleh itu, sebagai mana kita selalu update facebook kita, updata email kita, update rekod kita, update dokumen kita, kita juga kena update rohani dan pengisian untuk hati kita. memang sifat manusia yang cepat lupa, leka dan mudah untuk mengikut kata hati tanpa berfikir. sebeb itulah Allah beri kita akal untuk guna. tapi sayang kalau bab-bab agama dan segala sudut aspek kehidupan tidak digunakan semuanya melainkan untuk kepentingan peribadai sahaja. seminit sehari sudah cukup untuk kita memikirkan hakikat dunia. memang seminit sahaja, tapi berapa ramai yang mampu untuk bermuhasabah diri walaupun dalam masa hanya seminit sahaja. rasanya xpelah kot, ala nanti2 la pikir benda2 gitu. sering sahaja kita akan pikir ya dunia dahulu. aku pernah baca artikel dan persoanlan yang di lontarkan kepada ustaz. soalannya bertanyakan mengenai solat. tidak mengapakan kalu saya (seorang isteri) tidak solat kerana kesibukan masa menjaga rumah dan menyediakan keperluan makan minum anak dan suami. soalan jenis apakah ini. katanya bolehkah segala pahala yang dia buat untuk suami dan rumah tangganya boleh di ganti dengan pahala solat... apabila saya baca soalan itu saya tersentak!!!
masakan boleh alasan sebegitu di beri alasan

Sunday 5 June 2011

salam, wahhh dah lama aku x bukak blog ni. ingt xbukak bukak dah. maklum la, masa jg kaunter sirkulasi 2 minggu lepas ad problem ng pc kat bawah tu, sampai blog aku pun tersekat. ni alhamdulillah la dpt bukak balik. okei mula wacara saat ini, sebenarnya xde pa pun nk cerita. cuma nk ckp sikit aku baru bilk dr kg.landak, kg halaman masa kecik2 dlu. aku p sana jumpa ng sepupu kecil ku,,,, haziq n afifah, masing2 berumur 4 tahun n 2 tahun. wahhh rindunya kat abe jiq... yelah walaupun hanya 2 hari je aku kat sana, tp tiap2 hari dok peluk dia, dukung, mkn sekali, bgun je tdo terus dia dakap aku,... sengih2 kat aku, hahaha, seronok main ng abe jiq ni. pahtu tiba2 aku dh kena bilk dah sebb keje palk. huhuhuhu, sedih sgt, sampai je kat rumah ak, aku teringat sangat kat dia.... huhu, sampai aku letak wallpaper hset gmbr abe jiq.
erm ok la, sambung keje, nti marah pulak penyelia ku... salam.....

Thursday 19 May 2011

4TH WORKING DAY

MEMBER AKU YANG LAIN SUMENYA XDE WAT KEJE LAGI HARI FIRST AND SECOND DAY KERJA. KAT SINI BAGUSLA, BAGI PENDEDAHAN AWAL KEPADA STUDENT PRAKTIKALNYA UNTUK BELAJAR. KIRANYA AKU KAT SINI DAPAT BELAJAR DALAM PENGURUSAN NI SELAMA DUA BULAN PENUH LA.... AD SETENGAH MEMBER AKU YANG LAIN BULAN KEDUA BARU START PRAKTIKAL SEBETULNYA. ERM JANJI AKU PRAKTIKAL KAT SINI DAPAT ELAUN BAGI MENAMPUNG HIDUP KU,,,,,,,,,,,,,,, HUHUHUUUUUUUUUUU

Tuesday 17 May 2011

sesi praktikal

salam,,, bermula lagi penulisan ku.
hari pertama aku praktikal dh ad keje berlambak. tapi aku tak kisah. aku buat jer keje aku. nk kata senang xlah jugak, nak kata susah xlah jugak. aku jaga bahagian sistem untuk minggu pertama ni. napela bhgn aku paling xsuka la aku dpt yang first2. aku memg blur la bhgn sistem ni. x reti langsung. nasib baik aku cuma kena edit2 je bhgn y salah. kalu di suruh wat sistem, aku rasa 2 bulan praktikal kat sini belum tentu siap benda tu. then, aku pun ap lagi, tanya la en.amirul firdaus, selaku penyelia aku untuk bhgn sistem ni, dia kdg2 okey, kdg2 poyo gak, hahaha. lain di tny lain djwab...
tapi aku x suka la SISTEMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
nape la aku dpt sistemmmmmm... dh la yang presentation untuk subjek web programming xdpt markah lgsung. aku memg xleh p la.... kalu bab document aku suka. tp bhgn tu lambat lg. mungkin 2 minggu lg kot bru dpt jg bhgn tu... wassalammmmmmmmmmmmm...
tp praktikal ni memg syok. x mcm ng belajar n wat asgment. kalu asment blik rumah kena sambung wat balik, tp kalu keje ni keje wat kat pejabat, balik rumah, x yah dok runsing pasal keje lg. tp kdg2 terbwak jugak, rs mcm nkm sambung keje pejabat wat blik rumah je, biasala, aku sedang menyesuaikan diri ng persekitaran yang aku tempuhi skrg ni.

Friday 29 April 2011

Ancaman Daripada Segenap Sudut

" Jika musuh kita menyerang daripada segenap sudut yang ada, adakah kita akan selamat dengan bertahan hanya pada satu sudut? "
" Jika mata kita selamat daripada melihat aurat belum tentu telinga kita selamat daripada mendengar orang mengumpat. "
" Jika tangan kita bebas daripada mencuri, belum tentu kaki kita terhindar daripada melangkah ke tempat maksiat."
" Jika mulut kita bersih daripada yang haram, belum tentu kemaluan kita terhindar daripada dosa dan rangsangan. "

Musuh itu pasti menyerang daripada segenap sudut dan melalui segala kemungkinan yang ada. Musuh itu berupakan nafsu yang ada di dalam dirimu atau godaan daripada luar.
Dalam dunia yang sedang kita jalani sekarang, serangan itu semakin menjadi-jadi. Semua perkara dan alat yang kita gunakan di dalam kehidupan seharian akan diaplikasikan oleh musuh-musuh kita untuk melemahkan dan menghancurkan kita.
Hanya dengan melayari internet, kita terus terdedah kepada serangan tersebut sekalipun kita tidak berniat untuk melakukan kemungkaran. Apabila memandu melalui jalan-jalan di kota, kita terus dapat melihat serangan itu terpapar besar di papan-papan iklan. Wanita-wanita mendedahkan bahagian tubuhnya yang merangsang pemikiran lelaki.
Hanya dengan berjalan di sebuah pasaraya untuk memberi barangan keperluan, kita akan terlihat begitu banyak bentuk rangsangan yang merosakkan kekhusyukan ibadah kita. Bahkan hanya dengan memiliki sebuah telefon bimbit, sekian banyak 'SMS' yang masuk menawarkan aksi-aksi panas.
Serangan-serangan yang sedang kita hadapi ini bukanlah sesuatu yang biasa dan sangat menyesakkan dada. Setiap hari kita berhadapan dengannya tanpa diminta. Kita merasakan selamat kerana kita telah sebati di dalamnya. Boleh jadi juga kita sebenarnya telah kalah dan mungkin telah menjadi agen dalaman yang menyerang orang lain.
Kita sebenarnya tidak selamat jika kita hanya bertahan daripada satu sudut. Kita memerlukan sistem pertahanan yang memelihara kita daripada segenap sudut. Kita mesti menahan seluruh anggota yang mungkin diserang oleh musuh termasuk hati. Ya, sekalipun jasad kita selamat daripada benar-benar tewas, hati kita mungkin diserang penyakit yang sukar diubati.
Lebih teruk lagi jika kita gagal menyedari bahawa serangan-serangan itu wujud. Bahkan bertambah malang jika kita sudah tidak mahu bertahan lagi dan asyik dengan hidangan-hidangan yang dipaparkan kepada kita. Suatu hari, kita pasti hancur bersamanya.
Ghazwul fikri (serangan pemikiran) yang kita hadapi ini perlu ditentang dan dilawan secara berterusan. Walaupun kita belum mampu membina sebuah gelombang atau sistem yang boleh menghancurkan serangan sedia ada, bertahanlah daripada serangan dalam diri masing-masing.
"Aku sudah cukup kuat, aku pasti selamat."
" Bagaimana dengan ibu dan ayah kita? Adik-beradik kita, anak dan isteri kita nanti? Adakah kita ingin selamat seorang diri sedangkan Al-Quran memerintahkan untuk kita menjaga diri dan ahli keluarga kita daripada api neraka? "
Binalah kekuatan dalaman dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kesedaran bahawa kita tidak akan selamat jika kita tidak bersedia untuk sebarang kemungkinan.
" Boleh jadi hari ini kita dapat mengelak, namun esok engkau kita terkandas jua."
Kekuatan iman dan takwa perlu digilap dan ditingkatkan supaya kita boleh bertahan dengan semua bentuk serangan. Kuncinya, bersabarlah kerana memang tak mudah.
" Sedarlah bahawa kita ibarat hidangan di mata musuh kita, bila-bila masa kita akan diterkam dan dimusnahkan jika kita tidak berjaga-jaga. Ya, musuh yang boleh muncul daripada mana-mana sudut dalam apa jua keadaan. Bersedialah. "

sumber: iluvislam

POSITIF THINGS

Thursday 28 April 2011

bila kita...

bila kita rasa dok sorg2 @ rasa sunyi, rasa di tinggalkan,  make sebutlah...
Innallahha ma’ana
bila kita melihat sesuatu perbuatan yang jahat dan kita rasa takut, maka sebutlah 
Inni akhafullah
bila kita berkehendakkan sesuatu, kita boleh ucap 
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah
bila kita kehilangan seseorang, kita boleh mengucapkan
Ma fi qalbi ghairullah.
 

Sunday 24 April 2011

petikan dari b.m

ramai dikalangan kita yang berfikir bahawa tidak mengapa untuk bercinta sebelum berkahwin sedangkan bercinta sebelum berkahwinlah antara punca TERBESAR yang membawa kepada maksiat dan zina. Allah swt sangat tahu sifat manusia. apabila mereka sudah semakin dekat, nafsu pasti akan menguasai diri walaupun pada peringkat permulaan kita berfikir hanya ingin bercinta secara 'biasa' sahaja. kerana itulah turun ayat: (rujuk pd y pakar)

???

Salam, skrg, pukul 2.08 pg. i still cannot sleep. tujuam ku adalah untuk study subject SISP yg tarikhnya akan tiba 27hbn ni. sebenarnya tujuan aku menulis blog pg ni adalh untuk berkongsi sesuatu. sebenarnya sudah lama aku rasakan aku tidak dapat menumpukan fikiran ku kpd pelajaran. benda ni dh lama berlaku. aku fikirkan mungkin kerana aku malas, tapi semakin hari aku cuba untuk study, semakin hari makin kuat untuk aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran ku. i feel like something disturb my mind. fikiran ku seolah-olah terhuyung hayang. aku tak dapat nak tumpukan sepenuhnya pada ilmu. ilmu yang dapat menjamin kehidupan aku. setiap kali aku ingin menumpukan perhatian, pasti ada sesuatu yang terlintas dalam pikiran yang menyebabkan aku tak dapat menumpukan study. begitu juga bila ku membaca alQuran,  kadang2 untuk aku menumpukan sepenuhnya pd isi alQuran itu susah, bila tersedar, aku membaca alQuran sambil fikiran melayang... aku risau kalau masalah yang aku hadapi ni lambat menemui penyelesainya. sampai sekarang aku tidak boleh fokus untuk study. Allah hu akhbar....

Thursday 21 April 2011

Istikharah Cinta...

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

alQuran itu penunjuk jalan

Sesungguhnya barang siapa yang selalu membaca alQuran dan mengetahui maknanya, lantas dia melaksanakan apa yang terkandung didalam kitab tersebut, nescaya Syaitan takut kepada nya, lantas makin hebat la syaitan itu menggoda seseorang itu.

Ada setengah orang yang lupa pada alQuran, maka dia terpinga-pinga mencari jalan petunjuk, sedangkan alQuran telah siap-siap memberi jawapan kepada segala masalah ynag melanda manusia.

Seandainya kita bertanya, mengapa aku sering kali di uji, mengapa begini teruk ujian di berikan, dan mengapa bahagia tidak kunjung tiba?  Cuba kita rujuk ayat didalam surah di bawah, semuanya bakal menjawab persoalan di atas... fikir-fikirkan lah...
  1. al-baqarah: 214
  2. al-ankabut: 2-3
  3. at-taghaabun: 11
  4. at-taha: 131
  5. al-fajr: 14-17
  6. az-zumar: 49
Sering kali kita sebagai manusia biasa, mengeluh itu dan ini, tanpa kita sedar, kita ini adalah salah seorang hamba yang tidak bersyukur. kita mengeluh mengapa kita selalu saja tidak mendapat apa yang kita idamkan, apa yang kita cita-cita kan, apa yang kita mahukan, mari lah kita merujuk alQuran yang telah pun memahami kerisauan kita itu...

  1. al-baqarah: 153
  2. al-baqarah: 45
  3. al-baqarah:155
  4. al-imran: 200
  5. al-nahl: 96
Setiap hamba itu adalah lemah. kita sebagai hamba di muka bumi ini adalah saling bergantung dan berharap antara satu sama lain, cuba kita lihat, kepada siapakah wajar kita bergantung harap sebenarnyar... Mohonlah doa pada Allah, sesungguhnya Allah mendengar keluhan hati hambaNya yang bersabar dan setia.
  1. al-kahf: 17
  2. at-taubat: 129
AKU DAH XTAHAN LAGI,  AKU DAH XTAHAN LAGI, !!!, manusia selalu hilang sabar dan selalu xnak bersabar. bagi orang yang beriman dan percaya pada Allah, maka mengadu lah setiap musibah itu pada yang sedia mendengar, setiap malam Dia mendengar tanpa jemu keluhan hambaNya...
  1. surah yusof: 12

Tuesday 12 April 2011

terakhir... in lab class

salam, seribu kenangandi UiTM kedah. for my study last my student university status. by the end of this month, i will finish my study as university student. maybe i will further my next study after this.
right now, i'm at lab class. tomorrow and the next day, there will no more this memory to enter to lab class. 
huhuhu... i will miss all the moment in the class. it was about 18 tahun, i'm learning and gain knowledge...  and then now i feel i'm getting to lost something. 

sinagpore lagi.................

jom ke singapore............
 
my friends together with miss yana n miss intan

all the signboard at singapore is eng language


 shukri hand, show towards the kapal tergantung, well i do not know what it call that


 this is what i call taman tergantung, macam kapal tergantung pun ada.................................
 juriyati and me.... so chubby...(me)
 taking picture with other foreinge...r
 again, me and juriyati..., smileeeeeeeeeeeeeeeeee

 
dila and i, together with yellkow chick...
dila n i was taking picture with the yellow chick, don't know where it comes from... haha

my memory at singpore...


last night at singapore, at my back, is giant origami...

Sunday 10 April 2011

singa yang berpura-pura

singapore singapore singapore.............................

kisah pertama ku di singapore...

amat menggerun kan bg ku,,,

pengalaman di check point ke-2. mula2 kami kena masuk untuk pemeriksaan imegresan, n lepas tu, kena scan brg2 yg di bwa. untuk lepas check point ke-2 tu bukan main lama kami beratur. ad 2 3 org ant kami yg kena tahan sebab xlulus gambr yg di tampal dekat pasport. tiba giliran aku, lepas. selepas kaunter pelepasan, setiap org kena melepasi satu jalan mcm ular, ok pahtu nk cerita ni............ermmmm pendek cerita, hari pertama kami tgkap gmbr ng foreinger lain...

Monday 4 April 2011

masa i dok kat jb tu, i rasa x sabar2 nak balik merbok, why, because badan ni dh penat sgt, dgn ketidakselesaan prasana kat sana, n mcm 2 lg. most important things is, asgment msh lg terngiang ngiang dlm kepala ni. the most excitement when i'm at singapore is the moment at song of the sea, which the last night we there,,, shows that give me energy at that night... show with the combination of light, water, and sound... gambar yang dpantulkan pd biasan air menghasilkan sebuah ilusi yang menarik sekali.

haloo haloo

haloo haloo, miss that moment...
back from  singapore!!!
back from  singapore!!!
i still have baki about 4 dolar
many picture i takes,
includes with the chinese, japanese, mat saleh, korean(tambahan), n paling penting singa...

Sunday 13 March 2011

WHY PEOPLE NEED TO KILL EACH OTHER. WHY. THERE ARE NO REASON WHY WE SHOULD KILL EACH OTHER. WE ALL TOGETHER HUMAN BEING. WE STAY AT SAME PLANET. WHY WE SHOULD KILL EACH OTHER. THEY SHOULD NOT  DO THIS. YOU SHOOT THEM. EVEN THEY DON'T DO NOTHING WRONG. WHERE'S YOUR HUMANITY. WHERE. WHY YOU NEED TO KILL THEM. THEY ARE HUMAN LIKE YOU TOO. WHY YOU KILL THEM. YOU ARE BAD BAD PEOPLE.

Friday 4 March 2011

eherm eherm...

“Surga itu dihiasi dengan perkara-perkara yang dibenci sedangkan neraka dihiasi dengan hal-hal yang disukai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 kawan-kawan, betul x yang kawan-kawan baca kat atas 2. SYURGA, bila kita pikir balik, benda yang kita pikir adalah untuk masuk syurga jer, kan kan, tapi punya lah kalu boleh nak masuk syurga tanpa buat ape2 pun. pun bagaimana walau, tetap kena ikut arahanNya, bila diperintahkan untuk solat di awal waktu, masyaAllah, yang tu lah berat rasanya, bila di suruh untuk rajin baca buku, itulah jugak yang kita xsuka, acu suruh wat malas, makan saja tanpa basuh pinggan n tidorrrrrrrr jerrrrrrrrrrrr, erm tu lah best, tambah2 kita yang jadi pelajar ni. tu lah, benda2 yang remeh mcm ni pun kita xleh nk handle, macam ner nk masuk syurga. but dont worry, as long as kita boleh muhasabah diri kita balik, kita selayak nya mendapat yang terbaik.  NERAKA, erm bunyi yang menggerunkan dan menakutkan, kan kan, tapi itulah yang kita suka buat. memang hidup ni sukar untuk di perjelaskan dengan hati yang redup, kita kena tenung dalam2 siap diri kita dan untuk apa kita hidup, apa yang kita dapat daripada kehidupan ini, apa faedahnya kalu kita wat baik terhadap orang, ganjaran yang kita dapat dan sebagainya... tapi kdg2  kita lari untuk  memikirkan semua ini. kita lebih suka ikut hawa nafsu kita untuk membuat apa yang kita suka, ibarat dunia  ini kita yang punya, padahal kita hanya menumpang untuk seketika waktu sj. ibarat saya p rumah kawan-kawan, saya xleh buat rumah tu macam seratus peratus sy punya, mcm yang kita selalu cakap kt kawan kita bila mereka dtg rumah, :ha, buatla macam rumah sendiri,:   walaupun ucapan itu adalah keizinan yang di berikan namun, kita harus juga menjaga adab kita sebagi seorang penumpanggg. maka, ngat2 lah kawanku,  ish, ap yang aku dh merepek ni, panjang lebar n lari dari tajuk dah, ok lah minta diri dulu...

Thursday 3 March 2011

a little touch

madah pujangga.................

 di hati bersama mengembara, tiba masanya tika saatnya ku terasa, meredah lautan kasih sinar iman yang subur, redup mnyinar  hati sanubari ku, ku tabahkan hati ku di buai berkelana, geirmins hati tepat tusuk sukma, semoga hidayahnya kan terus menyinar, penuhi alam kegelapan, berikan kekuatan dlm mencari sinar, di dalam diri hidup ku hadapi duka dan sedu sepi, bsama teman2 harungi perjuangan biarpun kekurang yang ada, xkn ku gundah, kita akan bersama menempuh segalanya bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah, janji pergi bersama ikatan teguh setia berjaya menuju gerbang impian, kita harapkan.



khas untuk seorang sahabat ku yang bernama, AKJ, dikau telah pergi jauh untuk menyambung pelajaran dan menunaikan perkara wajib.


ermm, ok lah ptg2 ni xdok idea ngat yang keluar, kita sambung malam ni la pulak yea...


         

cetusan rasa





apa nak cakap eh... tadi rasa banyak jer idea nk kongsi, tapi sekarang, zerro pulak. erm xpelah, kita mualkan dengan sedikit madah pujangga lh. sesuai ng jiwa anak-anak muda zaman sekarang nie... cause i'm perempuan, so nk kongsi tentang lelaki...
bunyi nyer macam ni, khusus untuk yang bakal mendirikan rumah tangga and umum untuk yang ingin menambahkan ilmunyer...
sifat-sifat lelaki pilihan @ suami yang soleh, ni untuk classmate i yang bakal mendirikan masjid xlama lg...
erm tibe2 malas pulak nak type, erm xpe, kita sambung lain kali, nak masuk beradu jap...

  1. taat kpd Allah dan Rasulnya
  2.  ...  
        erm penat la pulak rasanyer, ok lah saya sambung esok la pulak no 2 and seterusnyer...    

my friend

 4.3.11(jumaat, morning)

          today, i have view all my classmate blog. ad yg kelakar, ad yg serius, ad yg main tulis just for rquirement assgmnet sj, n mcm2. lega rasa nya bila dah tau isi hati masing2. sebelum ni akulah person in the class that not friendly to others. i dont know why. i'm a person that not easy to be friendly and attach with other people. i take time in makes friend. that why in the class i'm not public figure. i just can tell them what i'm feeling through my smiling only and through from my sour face, ermmmmmmmm... what can i say, i my self are still trying to find my self. even my age is 23year 5month, but i still don't find who i am. i'm struggle every day to find my identity. that one reason i didnt talk with other people. and i don't know how come i make close friend with princessnore. i'm hepy to see my classmate having fun with each others, I'm glad that they hepy. sometimes i see 'friend' is like somthing that give us 'nur' and happiness, that why i appreciate them. i just don't know how to say to them and have chit chat with them. but lately, few my friend say that from their feeling that they are not my friend. sad.... but it's ok, people make mistake. and i always make mistake in making friend. that why it hard to me to be closed to anyone. however, i like to tell them all my feeling through writing, and not by chit chat or face to face. that is my ways. that how i communicate with other people. even to my mum, i'm comfortable to write down my feeling. i like to let go my feeling through writing, and so thanks to my lecturer, the person who responsible force me and my classmate to create this blog. before this, i try to find something that make my classmate to understand me, and now i found it. i wanna ask you somthing,  is better for me to be closed with other just through the penulisan and not by gurau senda or like the normal communication. i'm looking my self. by the way, i'm still hepy with all this environment. coz i'm able to muhasabah my self. i want to remember to all my friend and my self, that life is not long, so in order to get the 'jannah', i dont want to hurt many people. that why i dont like to talk to much. kata pepatah, terlajak perahu, masih boleh di undur lagi, terlajak kata buruk padahnya... so i dont want to be like that.
pun bagai mana walau, i have my own kekurangan n kelemahan with my ways, however, i wish to all my friend we are together in jannah and i dont care any gosip about me.pendek kata, i really love my friend, just i dont know how to say. but incase i hurt someone, please forgive me. and one more thinks, last day i had realized one my friend didn't like me, n don't know y, firstly i apologize whatever my weakness that she hate very much.  guys, i'm still loving you all.

Wednesday 2 March 2011

sahabat

kawan adalah umpama seperti penunjuk arah jalan kepada kita. 
tapi dunia sekarang melihat kawan sebagai tempat untuk bersuka ria dan kita mudah mendapat kawan yang sentiasa gembira bersama-sama. 
tapi apabila tiba-tiba kita di timpa masalah, masa tu lah kita akan tahu yang kita tidak ada kawan rupanya. itulah hakikat keadaan yang berlaku zaman sekarang. 
ada yang berkawan betul-betul ikhlas dan ingin meyayangi, menolong, mengasihi dan mencintai sahabat nya itu, dan ada pula yang setakat berkawan untuk bertegur sapa saja.  
sampai suatu saat, kita tersedar rupa-rupanya yang menjadi kawan itu adalah lawan dan yang menjadi lawan adalah sahabat sebenar. 
senua ini kita tidak akan sedar melainkan setelah ujian di beri dan kita mula berfikir dengan linangan air mata, dan kita mula tertanya-tanya siapakah kawan kita sebenarnya dan di manakah mereka berada di saat kita memerlukannya sekarang. 
ada ramai jenis kawan yang kita boleh kategorikan, tapi berbaloikah apabila sudah berkawan bertahun-tahun dan kita masih lagi tidak mengetahui sama ada dia kawan kita atau tidak. tapi itulah sebenarnya yang terjadi.

COUPLE : SMS SERAM INI DARIPADA 'AGEN SYAITAN'...

From : http://tintanuraniku.blogspot.com
 
Assalamualaikum..Moga kalian semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan magfirahNya. Penulisan ini menunjukkan bahawa dengan hanya SMS kedua pihak boleh terjebak ke kancah penzinaan jika tidak mempunyai Iman yang kuat. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...


**********************************************************************


1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...

Sunday 27 February 2011

my self

my name is norasma binti mohd ripan. this is my first blog after for a month i try to spent my time for create my own blog.thanks to my lecturer en. zoolhilmie because he want we create our own blog as a individual assignment. if not coz him, until now maybe i'm not able to write my own blog.