Tuesday 28 June 2011

Jadi, bersabar lah, semoga saat itu kita akan hadapinya dengan memuji Allah

kadang2 apa yang kita inginkan memang xdapat, walaupun kita sangat2 nak benda tu... memang betul, ada kalanya apa yang kita sangka baik memang xbaik sebenarnya untuk kita, sehingga kita tahu kebenarannya suatu hari nanti. bak kata pepatah turunnya hujan kerana selepas itu Allah nk anugerahkan pelangi yang cukup indah  buat kita. ada kalanya kita x cukup sabar untuk mengetahui kebenaran di sebalik kita menunggu apa yang terbaik untuk diri kita. Allah cakap hendaklah kita jangan berputus asa dalam mengharapkan yang terbaik untuk diri kita, namun di sebalik itu, sejauh manakah kita dapat bersabar dan menunggu sambil menghitung hari bila kah saat nya hari bahagia akan muncul. dan adakah kita sempat untuk merasai hari bahagia itu. kata orang, mungkin kita patut bersabar dengan ujian yang datang menempuh kita, ya, dengan bersabar, ia sekali gus sedang menguji sejauh mana iman dan kesabaran kita. walaupun pahit untuk kita telan kebenaran yang bakal menjelma, namun segalanya sudah ada ketentuan dari Ilahi... siapalah kita untuk mempersoalkan semua ini. andai kita benar2 ikhlas dalam hidup ini, kita akan di hadiahkan oleh sesuatu yang menarik yang kita xpernah sangka akan mendapatnya... jadi, bersabar lah, semoga saat itu kita akan hadapinya dengan memuji Allah akhirnya, jangan lupa diri pulak yer..., Walaupun rindu bersabar jela, teguhkan iman di hati....

Monday 20 June 2011

Aksara Cinta Ilahi

  • "Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita
  • Tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup
  • Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai"

Saturday 18 June 2011

update rohani

akal kita umpama badan kita yang mana kita perlu mengisi ia dengan makanan yang berkhasiat. akal kita serta rohani kita kalau tidak di isi dengan perkara-perkara yang baik dan murni lama-lama akan berkarat dan jauh dari  kesucian. oleh itu, sebagai mana kita selalu update facebook kita, updata email kita, update rekod kita, update dokumen kita, kita juga kena update rohani dan pengisian untuk hati kita. memang sifat manusia yang cepat lupa, leka dan mudah untuk mengikut kata hati tanpa berfikir. sebeb itulah Allah beri kita akal untuk guna. tapi sayang kalau bab-bab agama dan segala sudut aspek kehidupan tidak digunakan semuanya melainkan untuk kepentingan peribadai sahaja. seminit sehari sudah cukup untuk kita memikirkan hakikat dunia. memang seminit sahaja, tapi berapa ramai yang mampu untuk bermuhasabah diri walaupun dalam masa hanya seminit sahaja. rasanya xpelah kot, ala nanti2 la pikir benda2 gitu. sering sahaja kita akan pikir ya dunia dahulu. aku pernah baca artikel dan persoanlan yang di lontarkan kepada ustaz. soalannya bertanyakan mengenai solat. tidak mengapakan kalu saya (seorang isteri) tidak solat kerana kesibukan masa menjaga rumah dan menyediakan keperluan makan minum anak dan suami. soalan jenis apakah ini. katanya bolehkah segala pahala yang dia buat untuk suami dan rumah tangganya boleh di ganti dengan pahala solat... apabila saya baca soalan itu saya tersentak!!!
masakan boleh alasan sebegitu di beri alasan

Sunday 5 June 2011

salam, wahhh dah lama aku x bukak blog ni. ingt xbukak bukak dah. maklum la, masa jg kaunter sirkulasi 2 minggu lepas ad problem ng pc kat bawah tu, sampai blog aku pun tersekat. ni alhamdulillah la dpt bukak balik. okei mula wacara saat ini, sebenarnya xde pa pun nk cerita. cuma nk ckp sikit aku baru bilk dr kg.landak, kg halaman masa kecik2 dlu. aku p sana jumpa ng sepupu kecil ku,,,, haziq n afifah, masing2 berumur 4 tahun n 2 tahun. wahhh rindunya kat abe jiq... yelah walaupun hanya 2 hari je aku kat sana, tp tiap2 hari dok peluk dia, dukung, mkn sekali, bgun je tdo terus dia dakap aku,... sengih2 kat aku, hahaha, seronok main ng abe jiq ni. pahtu tiba2 aku dh kena bilk dah sebb keje palk. huhuhuhu, sedih sgt, sampai je kat rumah ak, aku teringat sangat kat dia.... huhu, sampai aku letak wallpaper hset gmbr abe jiq.
erm ok la, sambung keje, nti marah pulak penyelia ku... salam.....