Sunday 23 December 2012

Amanat Shaikh Muhammad Ali as-Sobuni

Saya sekadar ingin berkongsi berita yang saya baru baca. Bila baca berita ini saya fikir ia harus disampaikan untuk pembaca semua, semoga berita ini membuat kita lebih yelah orang kata lebih terasa apa yang saudara kita di Syiria rasa... berita ni saya petik di facebook...

"Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, mnerangkan keadaan saudara kita di sana.. BESARNYE FITNAH SYI
AH LAKNATULLAH!!

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.

di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..
RENUNG2KANLAH..."

Saturday 24 November 2012

Dari Imam As-Syafie

 

Renungan kepada anak-anak murid saya...

Orang yang mempelajari Al-Quran, nilainya akan lebih tinggi

Orang yang mempelajari fiqah, wibawanya akan naik.

Orang yang menulis hadis, hujahnya menjadi kuat.

Orang yang mempelajari matematik, fikirannya akan jernih.

Orang yang mempelajari bahasa, hatinya akan lembut.

Orang yang tidak menjaga dirinya, ilmunya tidak akan bermanfaat.

Sunday 8 April 2012

ENAM PERINGKAT PEMBELAJARAN

Agar diri ana sendiri berupaya untuk mengamalkan peringkat dalam menuntut ilmu ini...
Ibnu Qayyim al-Jawziyyah rahimahullah menegaskan di dalam Miftaah Dar al-Sa’aadah, bahawa proses menuntut ilmu itu terbina daripada enam peringkat:

1. Bertanya soalan dengan adab yang baik


2. Diam dan mendengar dengan penuh tumpuan


3. Memahami ilmu yang diajar dengan baik


4. Mengingati apa yang diajar (menghafal)


5. Mengajar apa yang telah dipelajari


6. Mengamalkan apa yang telah dipelajari



 

Wednesday 30 November 2011

ASSALAM, dh lama rasanya saya biarkan blog ini bersarang tanpa perkhabaran berita yang terkini. nak mencatat kena ada idea dan isi kandungan hidup, baru kita leh coretkan itipatinya. setelah sekian lama aku tanam anggur kat belakang rumah tu ha, belum lagi ada tawaran kerja yang menjemputku. tapi dalam masa itu juga aku berjuang dengan amalan rutin ku sendiri. malu untuk di ceritakan disini, aku di rumah tanpa buat ape-ape pun, yelah nama lagi tanam anggur. di sebabkan aku dok di rumah saja2 la aku jadi malas untuk mengamalkan rutin harian ku. yang paling penting aku bersenang lenang tanpa buka internet dan menelaah ilmu yang sepatutnya jadi amalan aku. iaitu membaca alquran dan memahami itipatinya. makin lama aku jadi makin malas. aku sedar saat aku jadi malas dek kerana aku terpesong hati sejenak. aku ralit kesana kesini, bergerak kesana sini. p rumah mak sedara la, p rumah sepupu la, dan macam2 lagi. sampai satu saat aku lupa bahawa aku lama dh xbaca quran. mula2 satu waktu aku xbaca, kemudian 2 waktu, kemudian sehari aku tinggal, lama2 benda ni tanpa sedar, MasyaAllah, hampir 3 hingga 4 hari jugak la aku xbaca quran. terasa waktu yang begitu lama bila kita berjauhan dr pencipta. aku tersedar, tapi aku hanya mampu untuk tersedar sahaja tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya. aku ralit lagi, kerana banyak sangat hal dunia yang aku rasa excited sgt nk kejar nie. then, lepas tu aku tersedar lagi. aku keluar rumah pakai tudung yg menjadi trend zaman skrg nie.. tp memg aku sengaja pakai pun sbb aku drive kete masa tu, kira mcam xkuar dr kete la. aku Istighfar lagi. tapi esoknya, aku x insaf lagi. sampai la suatu saat lepas tu, dh 2 3 kali insaf, mudasabah la diri. semangat datang balik. tapi elok elok jer nk dtg semangat turun balik sebab2 tertentu. tu la org pmpuan ni susah nak istiqamah sikit sbb dia ada masa semangatnya turun dengan mudah. aku xsabar2 nak tunggu hari terakhir. ok, lepas tu aku tingkatkan azam balik dan Alhamdulillah, aku mintak doa mintak hidayah agar aku terus istiqamah dan xlupa untuk muhasabah diri... sebab itulah Allah pesan untuk sentiasa berdoa kepadaNya.

Thursday 15 September 2011

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.

Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.

Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.

Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.

Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi teman hidupnya
edited from facebook kawan...

bacalah...

BESI itu kuat, tapi API mampu meleburnya

Api itu kuat, tapi AIR mampu memadamnya

AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya

AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya

ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangnya

BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya

MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkanya

NAFSU itu kuat, tapi IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA

Tapi bila IMAN kuat, TIADA APA yg mampu mengalahkannya..

Ya Allah..kuatkan la imanku walau dimana pun ku berada... ^_^
Amin...
edited from others...

Wednesday 14 September 2011

jodoh

hati ku tertanya2 bilakah jodoh ku akan sampai... tiap2 hari aku menunggu andai ada lamaran yang datang. hehehe... dengan kerja aku sebagai penganggur terbaru abad ini, tanpa buat ape2 kat rumah, lg la aku dok pikiaq pasal jodoh ni. sahabat2 ramai yang dah kahwin. raya puasa ritu xputus2 kad walimatul urus dr sahabat2 yang sudah menemui jodoh mengundang ke majlis. seronok diorang dah ad teman di sisi... agak2 nya bila la jodoh ku pula....