kawan adalah umpama seperti penunjuk arah jalan kepada kita.
tapi dunia sekarang melihat kawan sebagai tempat untuk bersuka ria dan kita mudah mendapat kawan yang sentiasa gembira bersama-sama.
tapi apabila tiba-tiba kita di timpa masalah, masa tu lah kita akan tahu yang kita tidak ada kawan rupanya. itulah hakikat keadaan yang berlaku zaman sekarang.
ada yang berkawan betul-betul ikhlas dan ingin meyayangi, menolong, mengasihi dan mencintai sahabat nya itu, dan ada pula yang setakat berkawan untuk bertegur sapa saja.
sampai suatu saat, kita tersedar rupa-rupanya yang menjadi kawan itu adalah lawan dan yang menjadi lawan adalah sahabat sebenar.
senua ini kita tidak akan sedar melainkan setelah ujian di beri dan kita mula berfikir dengan linangan air mata, dan kita mula tertanya-tanya siapakah kawan kita sebenarnya dan di manakah mereka berada di saat kita memerlukannya sekarang.
ada ramai jenis kawan yang kita boleh kategorikan, tapi berbaloikah apabila sudah berkawan bertahun-tahun dan kita masih lagi tidak mengetahui sama ada dia kawan kita atau tidak. tapi itulah sebenarnya yang terjadi.
No comments:
Post a Comment